Latest News

Sebagai Ummat Muslim, Marilah Kita Lebih Meningkatkan Ibadah Kepada Allah SWT, Mematuhi Perintah-Nya dan Menjauhi Larangan-Nya. WebLog ini Kupersembahkan Kepada Ayahanda dan Ibunda Tercinta H. Hamma Ali Mona dan Hj. Hamidah. Semoga Segala Amalan Beliau Diterima dan Mendapatkan Tempat yang di Ridhai serta Kasih-Sayang dari Allah SWT. Amin... Jika berkenan, marilah kita membacakan Surah Al-Fatihah untuk Beliau... Termakasih
Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe


Popular Post


    Sebagai Ummat Muslim, Marilah Kita Lebih Meningkatkan Ibadah Kepada Allah SWT, Mematuhi Perintah-Nya dan Menjauhi Larangan-Nya. WebLog ini Kupersembahkan Kepada Ayahanda dan Ibunda Tercinta H. Hamma Ali Mona dan Hj. Hamidah. Semoga Segala Amalan Beliau Diterima dan Mendapatkan Tempat yang di Ridhai serta Kasih-Sayang dari Allah SWT. Amin... Jika berkenan, marilah kita membacakan Surah Al-Fatihah untuk Beliau... Termakasih
    Archive: Showing posts with label Sejarah Ilmu Hadis dan kelebihannya. Show all posts


    Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:

    "Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

    Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

    Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

    Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Senin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pingsan.

    Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:

    "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

    Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.

    Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

    Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

    Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.




    Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.

    Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.

    Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."


    Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

    Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

    Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

    Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

    1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
        Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
        (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

    2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
    3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
    4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

    Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

    Doa sesudah membaca surah al-waqiah


    Erti doa surah al-waqiah
    “Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
    Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 
     

    Dia bernama Qutb-ud-Din, tetapi lebih dikenali dengan gelaran Wali Ullah, yang diberikan kepadanya berdasarkan kebaikan-Nya dan kesalehan. Seorang tokoh ilmuan islam terulung
    sekitar tahun 1700 masihi.
    Shah Wali Ullah Muhaddis Dehlvi lahir pada 21 Februari 1703 di Delhi, ketika pemerintahan Aurangzeb mendekati zaman akhirnya . Bapanya, Shah Abdul Rahim, adalah seorang ahli sufi dan adalah pengasas dan guru bagi Madrasah-i-Rahimiyah di Delhi.
    Shah Waliullah menerima pendidikan awal daripada ayahnya juga gurunya sebagai pembimbing rohani.

    Shah Wali Ullah percaya bahawa pelbagai permasalahan yang dihadapi umat Islam adalah kerana ketidaktahuan mereka tentang Islam dan Al-Quran.
    Shah Wali Ullah juga adalah seorang penulis yang produktif dan menulis secara menyeluruh di bidang Fiqh dan Hadis. Dia akhirnya menulis 51 kitab; 23 buah dalam bahasa Arab dan 28 buah dalam Bahasa Parsi. Di antara yang terkenal adalah karya Hujjat-Ullah-il-Balighah dan Izalat-ul-Khifa.

    Baik dalam fikiran dan jangkaan, karya-karyanya menduduki tempat yang luar biasa. Beliau sebagai tokoh pembaharuan pemikiran dan sebagai pembawa teori praktikal  berkaitan ugama, sosialisma, ekonomi dan politik.
    Karya-karyanya boleh diklasifikasikan ke dalam enam kategori. Pertamaberkaitan dengan Al-Quran. Ini termasuk terjemahan Kitab alquran ke dalam Bahasa Parsi, Bahasa sastera anak benua tersebut kali. Menurutnya, tujuan utama mempelajari Al-quran adalah `untuk mengubah sikap manusia dari keyakinan yang salah kepada yang betul dan tindakan hidup yang merugikan kepada yang menguntungkan".

    Kategori keduaberkaitan dengan ilmu hadis, di mana beliau telah meninggalkan sejumlah karya termasuk dalam Bahasa Arab dan Parsi komen mengenai kitab"Mu'atta", yang terkenal disusun oleh Imam Malik. Dia melihat sangat penting bagi koleksi ini, bahkan lebih besar daripada koleksi Imam Bukhari dan Imam Muslim.

    Kategori ketigaberkaitan ilmu Fekah yang merangkumi perbahasan wujudnya perselisihan pendapat dikalangan para ulama .
    Kategori keempatkarya-karyanya berkaitan dengan penjelasan mengenai khurafat dan bid’ah dan cara menghindarinya..
    Kategori kelimakarya-karyanya mengenai falsafah syariat Islam dan falsafah ilmu-Kalam. Beliau juga menulis sebuah risalah tentang prinsip-prinsip Ijtihad dan taqlid.
    Tapi yang paling menonjol dari semua karya-karyanya "Hujjat-Ullah-il-Baalighah" yang membahaskan rahsia rahsia syari’at secara ilmiah.

    Kategori keenam: karya-karyanya mengenai Sunni Syiah yang menjadi duri dalam daging dalam dunia islam akibat perselisihan antara mereka dimana beliau telah banyak mengurangkan ketegangan antara dua golongan ini.
    Shah Waliullah juga memadam kebencian yang telah dirasakan antara Ulama dan para sufi '. Ia bukan saja mendekatkan jurang antara para Sufi dan Ulama, tetapi juga diselaraskan perbezaan-perbezaan di antara pelbagai kefahaman sufi. Prinsip-prinsip-Nya tentang subjek ini dimasukkan ke dalam amalan pusat pengajian tertinggi diindia ialah Darul ulum Deoband, dimana antara para pencintanya dari kalangan sufi sufi terkenal seperti MaulanaAhmad Rasyid Gangohi dan Maulana Asyraf Ali Thanvi dan lain lain lagi.
    Shah Waliullah menetapkan bagi misi mengubah susunan sosial dan politik pada zamannya. Sebagai seorang reality, dia analisa penyakit-penyakit yang telah masuk ke dalam tubuh politik masyarakat Muslim dan menyarankan ubat. Dia mengkritik kebiasaan hidup masyarakat hindu yang telah merayap masuk ke dalam masyarakat Muslim .

     Terutama terhadap pembaziran yang berlebihan dalam perkahwinan, festival, dan upacara lainnya. Dia menganjurkan para janda berkahwin lagi. Dia dengan berhati-hati menganalisis faktor-faktor yang bertanggungjawab atas kemerosotan ekonomi masyarakat Muslim sela dan mengusulkan perubahan radikal dalam ekonomi masyarakat Muslim. Beliau menganjurkan pengagihan kekayaan yang lebih luas secara saksama.
    Shah Waliullah berpendapat bahawa revolusi intelek harus mendahului perubahan politik. Dia tidak bersetuju perubahan sosial politik ataupun set-up melalui revolusi berdarah. Dia ingin membawa perubahan revolusi  masyarakat melalui cara-cara damai. Dalam buku terkenal, "IzaalatulKhifaa",ia membahas ideology revolusi politik yang dibayang -kan.
    Tidak ada sarjana dari Zaman Pertengahan India telah memahami pelbagai aspek sivik seperti yang telah dilakukan oleh Shah Waliullah. Dia dianggap `kesedaran diri 'sebagai prasyarat` kesedaran politik'. Dia telah membahas secara terperinci faktor-faktor yang menyumbang terhadap pertumbuhan kesedaran awam dalam karya abadi "Hujjat-Ullah-il-Baaligah".
    Shah Waliullah itu, mungkin, satu-satunya sarjana muslim abad pertengahan India yang menyedari pentingnya ekonomi dalam politik dan sosial set-up. Beliau menggalakkan pemeliharaan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat dan sangat mengkritik pembolotan kekayaan yang membawa segala macam kejahatan di dunia ini. Dia telah membayangkan sebuah susunan sosial ekonomi yang didasarkan pada kesetaraan, persaudaraan dan persaudaraan yang merupakan prinsip-prinsip yang mengatur amalan masyarakat Islam pada masa zaman khulafa’ arrashidin
    Maulana shah waliyallah tetap berada dihati setiap orang islam walau pun beliau kembali kerahmatullah pada tanggal 29 muharram 1176hj bersamaan 1763 masihi , ini kerana tulisan2 beliau tetap segar dan bertenaga hingga kehari ini . assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.


    Rahsia Pengajian Kitab Sunan Sittah
    Oleh al-Quraisy
       Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu’. 

       Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut;
     
    1) Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)
    Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.

      
    2) Sunan Abu Daud: (Menyebut dalil masing-masing ulamak)  
    Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka.

    3) Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad hukum dan menyatakan hadis paling sahih)

     Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap ‘tarjamatul bab’ (tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.
     

    4) Sahih Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)
     
    Imam Muslim memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah ‘tarjamatul bab’nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi.
     

    5) Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi) 
    Imam Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan kecacatan (‘illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.
     

    6) Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis) 
    Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya? Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.
    Inilah yang perlu diketahui oleh para pencinta hadis yang ingin mendalami ilmu wahyu ini. Sesungguhnya susunan kitab Sunan Sittah bukanlah isyarat kepada kitab-kitab hadis yang paling muktabar dan sahih (selain Sahih Bukhari dan Muslim), tetapi semuanya mempunyai kepentingan tertentu dalam sistem pengajian hadis yakni sebagai asas utama yang wajib dipelajari sebelum mendalami kitab-kitab hadis yang lainnya.

    Wallahuaklam.


    Sejarah Pengumpulan Hadits

    1.Tempoh riwayat Hadith dengan Lisan dan Menjaganya dengan Hafalan (abad ke-I H)

       Pada tempoh itu (para sahabat dan tabi'in) hadith belum dibukukan melainkan dijaga dalam hafalan, kerana nabi SAW pernah melarang mereka menulis hadith-hadith beliau sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : Janganlah kalian menulisi dariku selain al-Qur'an, dan barangsiapa yang telah menulis sesuatu selain al-Qur'an maka ia harus menghapusnya.      

       Walaupun akhirnya beliau nabi SAW membolehkannya, yaitu pada hari fatah Makkah pada para sahabat : Tulislah apa yang aku sampaikan untuk abu Syah. Dan membolehkan AbduLLAH bin Amr bin Ash untk menulis hadits-hadits darinya.

    Ketika nabi SAW wafat para sahabat mengambil langkah untuk menulis al-Qur'an dalam bentuk mushaf dan tidak membukukan hadits nabi SAW melainkan bersungguh-sungguh menyebarkannya dalam bentuk hafalan mereka.


    2.Tempoh Penulisan dan Pembukuan Hadith (abad ke-II H)
         Apabila Islam telah berkembang,maka telah tersebar para sahabat ke seluruh alam dan sebagian lagi telah wafat, maka mulai terasa perlunya pembukuan hadits. Hal ini menggerakkan khalifah Umar bin Abdul Aziz (99H-101H) memerintahkan para ulama terutama Abubakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm (qadhi Madinah) dan Muhammad bin Muslim bin UbaidiLLAH bin AbduLLAH bin Syihab az Zuhri al-Madani (tokoh ulama Hijaz dan Syam 124 H).    
       Setelah kedua tokoh ulama ini bangun mengumpul hadith maka mulailah banyak yang mengikutinya mereka seperti Ibnu Juraij (150-H) dan Ibnu Ishaq (151-H) di Makkah; Ma'mar (153-H) di Yaman; al-Auza'i (156-H) di Syam; Malik (179-H), Abu Arubah (156-H) dan Hammah bin Salamah (176-H) di Madinah; Sufyan ats-Tsauri (161-H) di Kufah; AbduLLAH bin Mubarak (181-H) di Khurasan; Husyaim (188-H) di Wasith; Jarir bin abdul Hamid (188-H) di Ray. Mereka tidak hanya menulis hadits-hadits nabi SAW saja, tetapi juga sifat-sifat Rasulullah S.A.W


    Kitab-kitab hadits yang masyhur pada masa itu adalah : 

    (1) Mushannaf oleh Syu'bah bin al-Hajjaj (160-H)
    (2) Mushannaf oleh Al-Laits bin Sa'ad (175-H)
    (3) Al-Muwaththa' oleh Malik bin Anas al-Madani, Imam Darul Hijrah (179-H).
    (4) Mushannaf oleh Sufyan bin Uyainah (198-H)
    (5) Al-Musnad oleh asy-Syafi'i (204-H)
    (6) Jami al-Imam oleh Abdurrazzaq bin Hammam ash-Shan'ani (211-H)

     

    3. Tempoh pengasingan Hadith dari Perkataan para Shahabat dan Tabi'in (abad ke-III H)
         
       Dipilih hanya hadith-hadith nabi SAW saja, mulailah ulama-ulama menyusun kitab-kitab musnad yang bersih dari fatwa-fatwa, seperti musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun demikian, masih tercampur dengan hadith-hadith dha'if dan juga hadith maudhu', sehingga pada pertengahan abad-III para ulama membuat kaedah-kaedah dan syarat-syarat dalam pengumpulan hadith shahih.
        Sehingga muncul idea-idea untuk mengumpulkan hadith-hadith yang sahih-sahih saja yang disusun oleh Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Bardizbah al-Bukhari (Imam Bukhari) dengan karyanya Jami'us Shahih dan disusul oleh muridnya Imam Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi (Imam Muslim), sehingga abad ini merupakan abad keemasan bagi ilmu hadith dengan munculnya para ahli hadith terkemuka dan dinamakan kutubus-sittah (6 kumpulan hadits) yang memuat hampir seluruh hadits-hadits yang shahih.

    Diantara kitab-kitab hadits yang sudah tersusun waktu itu adalah :
     

    (1) Mushannaf Said bin Manshur (227-H)
    (2) Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (235-H)
    (3) Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (241-H)
    (4) Shahih al-Bukhari (251-H)
    (5) Shahih Muslim (261-H)
    (6) Sunan Abu Daud (273-H)
    (7) Sunan Ibnu Majah (273-H)
    (8) Sunan At-Tirmidzi (279-H)
    (9) Sunan An-Nasa'i (303-H)
    (10) Al-Muntaqa fil Ahkam Ibnu Jarud (307-H)
    (11) Tahdzibul Atsar Ibnu Jarir at-Thabari (310-H)


    4.Penyempurnaan (Abad-IV H) 

    Permisahan antara ulama mutaqaddimin (salaf) kaedah mereka adalah berusaha dalam meneliti setiap perawi, menghafal hadith serta menyelidiki sanad hadith itu sampai kepada sahabat dan tabi'in. Sedangkan ulama muta'akhkhirin (khalaf) mereka dalam menyusun hadith adalah dengan memetik dari kitab-kitab yang telah disusun oleh ulama salaf mereka mensyarahnya (memberikan ulasan tentang isi hadits-hadits tersebut).

    Kitab-kitab hadits yang termasyhur pada abad ini diantaranya adalah :
     

    (1) Shahih Ibnu Khuzaimah (311-H)
    (2) Shahih Abu Awwanah (316-H)
    (3) Shahih Ibnu Hibban (354-H)
    (4) Mu'jamul Kabir, Ausath dan Shaghir, oleh At-Thabrani (360-H)
    (5) Sunan Daraquthni (385-H)



    5. Penyusunan Kitab-kitab Hadits (Abad-V H)

      mereka menyusunkan hadits-hadith dari segi kandungan dan tajuk-tajuk yang sama. Disamping itu juga menghurai dan meringkaskan kitab-kitab hadith sebelumnya, sehingga muncullah berbagai kitab-kitab hadith hukum seperti :
     
    (1) Sunanul Kubra, al-Baihaqi (384-458 H).
    (2) Muntaqal Akhbar, Majduddin al-Harrani (652-H).
    (3) Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar al-Asqalani (852-H).

    Dan berbagai kitab targhib wa tarhib (kitab fadhilat untuk mendatangkan keghairahan untuk beramal dan mengancam bagi yang lalai), seperti :
     
    (1) At-Targhib wa Tarhib, Imam al-Mundziri (656-H).
    (2) Riyadhus Shalihin, oleh Imam Nawawi (767-H).
     Bacan sanad ketika majlis khatam kitab Al-bukhari di Darul ulum ihya ulumuddin 29/10/2011

    Bacan sanad ketika majlis khatam kitab Al-bukhari di Darul ulum ihya ulumuddin 29/10/2011