Kenapa Ikan kehilangan lidah??
Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepadaikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuhbinatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.
Maka, ada dua bahaya besar yang akan menimpa lidah kita. Kerana banyak bicara yang tidak perlu dan menyesatkan atau diam terhadap kebenaran. Dua-duanya adalah sumber kerusakan.
Imam Abu 'Ali ad-Daqqaq pernah mengatakan: "Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu."
Gara-gara lidah, seseorang tergiring masuk neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita akan menjadi hamba yang muflis.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain.” (HR.Muslim)
Teringat pada satu hadis Rasulullah S.A.W., “Orang mukmin itu adalah orang yang saudaranya merasa aman daripada kejahatan tangan dan lidahnya.” Maknanya, kejahatan mengumpat orang ni sama macam memukul dan menyakitkannya dengan tangan, sebab hati pun sakit jugak, cuma mata kasar tidak nampak. Bila berdarah-darahkan senang, bersihkan luka, jahit sikit kalau perlu, letak ubat, lama-lama hilanglah sakit. Letak krim Vitamin E, insya Allah, parut pun hilang. Tapi kalau sakit hati, kadang-kadang sepuluh tahun lepas tu pun, ingat lagi. Berdarah lagi hati tu. Ada perpatah berkata, “Rumah terbakar di panggil bomba, hati terbakar siapa yang tahu”.
No comments :