Haramnya Arak Didalam Islam
Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil daripada perkataan Al-HAMRU yang bererti menutupi
Dari segi istilah pula : Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain .
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Ayat 219, surah al-Baqarah.)
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan." (Ayat 90, surah al-Maidah.)
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- 1- Pembuatnya, 2-pengedarnya, 3- peminumnya,
4- pembawanya, 5-pengirimnya, 6- penuangnya, 7- penjualnya, 8- pemakan wang hasilnya,
9- pembayarnya 10-dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
berada dibawah pengaruh arak dan alcohol
Perbahasan Ulama Mengenai Arak
Pendapat 1. Al-Syafi'i, Malik, Ahmad serta jumhur ulama salaf dan khalaf: Khamar ialah perahan air samada dari anggur, tamar atau sebagainya yang memabukkan. Ia haram diminum.
Pendapat 2. Segolongan dari penduduk Basrah: Yang dikatakan khamar yang diharamkan ialah perahan anggur dan air rendaman anggur kering (zabib) yang mentah . Sedangkan yang dimasak dari kedua-dua bahan ini dan yang mentah adalah halal selagi ia tidak memabukkan.
Pendapat 3: Imam Abu Hanifah: Yang diharamkan ialah air perahan kurma dan anggur, samada sedikit ataupun banyak, samada memabukkan ataupun tidak, kecuali jika dimasak sehingga kurang dari dua pertiga.
Manakala air rendaman tamar dan anggur kering (zabib/kismis) yang dimasak, adalah halal sekalipun terkena api walaupun sedikit.
Jika yang mentah, haram hukumnya, namun peminumnya tidak dikenakan sebatan had/hudud.
Jika ia memabukkan, maka haram hukumnya berdasarkan ijmak kaum muslimin.
Imam al-Nawawi berkata, mazhab al-Syafi'i dan mazhab jumhur berpendapat: Arak tidak suci bila diproses menjadi cuka. Di dalam hadis ini menunjukkan hal demikian.Manakala Imam Abu Hanifah membolehkan.
Keburukan Arak
Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Di Amerika saja terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun.
Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak mengganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 219:
Maksudnya: Dan mereka bertanya kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, kepada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.
Penagih Arak Di Amerika Dan UK
Arak memusnahkan hidup seseorang
Arak merosakkan sistem dalaman
pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik kemudaratannya.
Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia.
Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol.
Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.
Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.
Tidak ada pertikaian yang boleh dibuat terhadap syariah dan hukum-hukumnya kerana ia jelas daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Bagaimanapun, masih ada manusia yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini.
Zaman semakin dewasa dan manusia pula semakin bijak mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, hukum syariah tidak boleh diabaikan atau dipermudahkan mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap, malah meliputi segala aspek yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Bagaimanapun, banyak perkara yang melibatkan hukum Islam diperlekehkan sedangkan segala hukum itu telah jelas terkandung di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t melalui surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:
“Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki yang beriman dan juga perempuan, bilamana Allah dan Rasul-Nya tetapkan suatu ketetapan, ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan sesiapa sahaja yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.
Undang-undang syariah diasaskan di atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’ (keburukan). Oleh hal yang demikian itu, apa-apa perkara pun yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai sebab-sebab tertentu dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya. Al-Quran menjadi panduan kepada manusia dalam memahami dan menghayati syariah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Suatu ketika dahulu juga,
namun pada era moden, sekitar tahun 1930-an, Amerika syarikat telah mengesan keburukan arak. Mereka telah menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memberitahu tentang keburukannya. 65 juta Dolar Amerika telah dihabiskan dan mencetak 9,000 juta helaian kertas untuk menyatakan keburukan arak dan juga hukuman yang akan dikenakan ke atas penjual, pembeli, dan pembekal arak. Sehingga tahun 1933, mereka telah membunuh 200 orang dan telah memenjarakan lebih kurang setengah juta orang dan mendenda mereka dengan jutaan ringgit. Namun, mereka gagal membendung gejala ini. Dan undang-undang pengharaman arak telah dibuang.
Apabila diteliti kembali, memang banyak bezanya antara kesan perundangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Namun, beberapa pandangan yang mengatakan undang-undang syariah sudah tidak relevan pada zaman sains dan teknologi ini dan juga tidak bersifat universal adalah pandangan yang jahil, sesat lagi menyesatkan.
Hari ini, ada yang berpendapat, pengambilan arak adalah perkara biasa dan sudah menjadi budaya, terutama bagi remaja dan golongan belia. Kata mereka, arak bukanlah apa-apa selagi boleh dikawal pengambilannya. Penjualan arak di Malaysia juga sudah dilakukan secara terbuka tanpa meletak label HARAM bagi masyarakat Muslim.
“...Hari ini, seramai 2000 orang remaja Melayu terlibat dalam pesta tarian secara terbuka di Genting Highland (yang menyediakan arak sebagai minuman) yang bermula pada jam 6.00 petang hari Sabtu dan berakhir pada 4 pagi keesokan harinya. Lebih 10 ribu pengunjung telah hadir ke pesta tersebut...” (Berita Harian, 9 Mac 2005)
“... Hari ini juga, tiga orang anak muda Melayu telah berjaya memenangi pertandingan Belvedere Bartender of The Year 2007 (Malaysia) anjuran syarikat Malaysia Bervedere Vodka. Pertandingan ini merupakan acara yang melibatkan penyediaan koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka...” (The Star, 15 Jun 2007)
Itu baru sekadar dua contoh yang mendapat liputan di dada akhbar. Tidak termasuk beberapa pesta yang tidak dilaporkan dan dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu, yang dihadiri oleh belia dan remaja Islam. Apatah lagi kes-kes yang meminum arak sewenang-wenangnya di khalayak dan tempat-tempat umum.
Mereka kata tidak salah meraikan orang bukan Islam. Jadi, mereka tafsirkan hal sebegini sebagai dosa kecil yang boleh dihapus melalui amalan-amalan lain. Ada juga yang menyatakan alasan bahawa mereka terpaksa. Terutama bagi Muslim yang bekerja di hotel-hotel mewah. Penyediaan arak sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka sehingga terlupa pada undang-undang Islam sejak dahulu sehingga kini.
Begitu juga dengan tumbuhnya pusat-pusat hiburan di bandar-bandar besar yang merangkumi pub, disko, bar, café, dan restoran untuk pengunjung dari luar. Bukan sahaja pengunjung dari luar berasa selesa apabila menjengah ke Malaysia dengan penyediaan pusat hiburan yang terlalu banyak ini, malah masyarakat tempatan juga mengambil peluang keadaan yang wujud. Masyarakat tempatan yang beragama Islam bukan sahaja menjadi pekerja di pusat-pusat hiburan, malah menjadi pengunjung tegar mengalahkan pelancong asing dengan bangganya menyediakan dan meminum arak dikhalayak ramai.
Seorang ilmuwan Barat, Profesor A.J Arberry, pernah menjelaskan, “peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat angin ahmar atau lumpuh. Selain itu, seorang yang mabuk arak juga akan hilang pertimbangan akal. Secara tidak sedar dia akan mmbuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain.”
Kajian sains juga mendapati secara jelas, arak apabila diminum secara berlebihan boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam tubuh manusia, terutamanya jantung dan buah pinggang, sesak nafas dan boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat kepada hati dan jantung. Pengambilan dua hingga tiga gelas arak, tidak kiralah jenis rum, wain, scotch, wiskey, khamar atau samsu, sudah memadai untuk menjadikan seseorang tidak stabil, sawan, dan halusinasi.
Dari aspek sosial, masyarakat boleh berpecah belah dan hancur hasil penangan arak. Lihat sahaja peristiwa kaum Ansar dan Muhajirin yang bertelagah akibat kesan pengambilan arak yang menyebabkan peminumnya hilang pertimbangan lalu mengeluarkan kata-kata yang mencalar hati pihak lain.
Hari ini pula lihat sahaja betapa banyak kemalangan jalan raya yang berlaku akibat pemanduan dalam keadaan mabuk. Rumahtangga musnah akibat arak yang menghilangkan daya siuman seorang bapa atau ibu, lantas melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Itu belum lagi beberapa kejadian zina dan bunuh yang berlaku akibat pertimbangan akal yang semakin beku kerana melanggar larangan Allah s.w.t – Arak itu haram! Masyarakat apakah yang akan terhasil nanti jika minuman jenis arak yang memabukkan ini tidak disekat pengambilannya.
Pendedahan tentang keburukan arak sejak dahulu sehingga kini belum mampu menegah masyarakat terutama belia dan remaja untuk menghindari arak. Didikan ibu bapa juga belum mampu menegah anak-anak mereka dari terpengaruh dan terjerumus dalam gejala ini. Malahan kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan-badan tertentu tidak begitu bermakna jika kemasukan dan pengeluaran arak ke dalam negara Islam tidak disekat.
Arak bukanlah aspek wajib yang harus disediakan untuk menggalakkan pelancong asing ke Malaysia. Malahan, kita tetap boleh maju dan berdaya saing jika meninggalkan budaya meminum arak sebagai satu cara menghilangkan tekanan. Bagi remaja, permulaan hidup sebagai warganegara yang sihat dan cemerlang adalah dengan mengatakan ‘tidak’ kepada minuman memabukkan ini. Banyak lagi cara yang lebih baik dan menguntungkan boleh dilakukan untuk menghindari tekanan atau mengisi masa lapang.
Melalui kesedaran menjauhi arak, bukan sahaja negara Islam bertungkus lumus menyekat masyarakatnya dari meminum arak tetapi negara barat juga sedaya upaya mengawal pengambilan arak dikalangan rakyatnya. Sebagaimana bahayanya candu sehingga menyebabkan negara China hancur dalam kemuflisan dan kebuluran pada tahun 1840, begitu juga dengan bahayanya arak jika dibiarkan keterlaluan menguasai budaya dan cara hidup masyarakat hari ini. Bagaimana budaya kita pada hari ini menentukan arah dan hala tuju masa depan yang sedang kita telusuri.
No comments :