Latest News

Sebagai Ummat Muslim, Marilah Kita Lebih Meningkatkan Ibadah Kepada Allah SWT, Mematuhi Perintah-Nya dan Menjauhi Larangan-Nya. WebLog ini Kupersembahkan Kepada Ayahanda dan Ibunda Tercinta H. Hamma Ali Mona dan Hj. Hamidah. Semoga Segala Amalan Beliau Diterima dan Mendapatkan Tempat yang di Ridhai serta Kasih-Sayang dari Allah SWT. Amin... Jika berkenan, marilah kita membacakan Surah Al-Fatihah untuk Beliau... Termakasih
Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe

Subscribe


Popular Post


    Sebagai Ummat Muslim, Marilah Kita Lebih Meningkatkan Ibadah Kepada Allah SWT, Mematuhi Perintah-Nya dan Menjauhi Larangan-Nya. WebLog ini Kupersembahkan Kepada Ayahanda dan Ibunda Tercinta H. Hamma Ali Mona dan Hj. Hamidah. Semoga Segala Amalan Beliau Diterima dan Mendapatkan Tempat yang di Ridhai serta Kasih-Sayang dari Allah SWT. Amin... Jika berkenan, marilah kita membacakan Surah Al-Fatihah untuk Beliau... Termakasih

    Rahsia Pengajian Kitab Sunan Sittah


    Rahsia Pengajian Kitab Sunan Sittah
    Oleh al-Quraisy
       Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu’. 

       Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut;
     
    1) Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)
    Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.

      
    2) Sunan Abu Daud: (Menyebut dalil masing-masing ulamak)  
    Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka.

    3) Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad hukum dan menyatakan hadis paling sahih)

     Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap ‘tarjamatul bab’ (tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.
     

    4) Sahih Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)
     
    Imam Muslim memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah ‘tarjamatul bab’nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi.
     

    5) Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi) 
    Imam Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan kecacatan (‘illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.
     

    6) Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis) 
    Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya? Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.
    Inilah yang perlu diketahui oleh para pencinta hadis yang ingin mendalami ilmu wahyu ini. Sesungguhnya susunan kitab Sunan Sittah bukanlah isyarat kepada kitab-kitab hadis yang paling muktabar dan sahih (selain Sahih Bukhari dan Muslim), tetapi semuanya mempunyai kepentingan tertentu dalam sistem pengajian hadis yakni sebagai asas utama yang wajib dipelajari sebelum mendalami kitab-kitab hadis yang lainnya.

    Wallahuaklam.


    No comments :

    Leave a Reply